Boikot Barang Buatan Prancis, Seruan Pemuda Pas ke Rakyat Malaysia

2
Pemuda PAS Malaysia

KilNews.com – Pemuda Pas Kedah menyeru rakyat Malaysia dan umat Islam memboikot barangan buatan Perancis susulan tindakan negara berkenaan menghina Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasron Othman berkata, tindakan memboikot berkenaan adalah tanda persaudaran ukhwah Islam tanpa batasan menentang provokasi.

Katanya, pihaknya selaku organisasi gerakan Islam mengambil sikap mengecam sekeras-kerasnya kenyataan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad oleh pihak berkuasa Perancis melalui kebenaran penerbitan kartun menghina Rasulullah SAW.

“Perancis kelihatan sengaja mengundang reaksi marah dengan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menegaskan penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad tidak dihalang kerana kebebasan bersuara pada 21 Oktober lepas.

“Disebabkan itu, kini pernyataan terbabit mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam di dunia dan benih Islamophobia ditabur lagi melalui penyiaran gambar menghina Nabi Muhammad di beberapa bangunan di Perancis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Macron seolah-olah menyifatkan Islam sebagai agama krisis dan mengumumkan akan adanya rancangan undang-undang yang lebih keras untuk menangani ‘pemisahan Islamis’ di Perancis.

Nasron berkata, sebagai mendokong konsep sekular sejati, Perancis dilihat gagal memahami hasrat sekularisme sehingga bias dan cenderung menyokong pihak yang bencikan Islam.

“Kini umat Islam di Perancis terancam dan siri keganasan atas alasan menentang pemisah Islamis akan berlarutan dan inilah modus operandi pihak tertentu yang cuba mengkambinghitamkan minoriti Muslim di negara mereka dengan provokasi dan persepsi negatif yang cukup dahsyat bermula peristiwa World Trade Centre 2001 lagi,” katanya.

sumber : sinarharian.com

foto : Istimewa/net